Kami menawarkan batik lukis dari Kelantan secara borong dan runcit dengan harga yang sangat berpatutan. Pemborong boleh membuat
pesanan terus atau membuat tempahan terlebih dahulu mengikut citarasa sendiri, warna cadangan corak dan warna selain daripada
memilih jenis kain dan kualiti catan. Kami mengambil masa satu hingga dua minggu untuk menyiapkan tempahan anda. Bagi belian
runcit, harga yang ditawarkan adalah harga tempatan di Kelantan.
Kami juga menawarkan tempahan kemeja dan kurung pasang batik untuk:
- Pelajar sekolah
- Siswa-siswi pusat pengajian tinggi
- Pelatih institut perguruan
- Agensi swasta
- Badan-badan kerajaan
_________________________________________________
Anda boleh memilih jenis kain dan cadangkan corak.
KEISTIMEWAAN BATIK SUTERA KAMI
-Warna tidak akan luntur pada basuhan kedua dan kain tidak akan rosak dalam jangka masa yang lama.
-Kurang kedut walaupun di pakai secara lasak .
-Keselesaan memakai kerana kainnya amat lembut / sejuk .
Matlamat kami adalah untuk mendapatkan pelanggan tetap yang tidak hanya membeli pada pertama kali dan tiada belian ulangan
kerana faktor kualiti . Di sinilah usaha kami dalam mendapatkan hasil jualan yang berkualiti tinggi. Sungguhpun semuanya terus
dari kilang , harga modal kami sememangnya tinggi . Ini menggambarkan batik sutera Kelantan mempunyai nilai yang tersendiri
dan hanya penggemar batik sutera yang dapat menilainya . Pastikan anda membelinya di e-batik.com kerana disini belian anda
di jamin 100% asli .
Terima Kasih .
Sebarang pertanyaan boleh diajukan diruangan pertanyaan di bawah: